Ford Kuga generasi akan datang – video teaser didedah menjelang pelancarannya 2 April ini

Menjelang pelancarannya pada 2 April ini, teaser bagi Ford Kuga generasi baharu telah pun disiarkan menerusi video pendek oleh Ford. SUV generasi kedua ini telah menjalani riwayat facelift pada 2017 dan ia bakal digantikan dengan model baharu, Mk3, dijadualkan pada 2 April. Menerusi video ini turut disiarkan elemen daripada Ford Focus terkini yang akan dibawakan oleh model crossover tersebut.

Antara sedikit sentuhan gaya yang dikongsi termasuklah sudut pada bampar hadapan, begitu juga dengan elemen pada lampu utama yang mengambil inspirasi daripada hatchback popular itu. Manakala pemilih gearshift jenis rotary dial daripada Focus turut ditampilkan pada Kuga.

Barisan enjin yang bakal ditawarkan masih belum didedahkan, namun dijangka akan dibarisi unit petrol dan diesel. Model facelift 2017 menyaksikan enjin tambahan 1.5 liter turbodiesel 120 PS dipadankan dengan bentangan pemanduan roda-hadapan, bersama unit diesel 2.0 liter TDCI sedia ada dengan dua talaan. Begitu juga dengan unit petrol 1.5 liter EcoBoost dengan tiga talaan yang turut ditawarkan.

Malah Kuga ini juga dijangka akan dilengkapi dengan kotak gear auto 8F lapan-kelajuan juga dari Focus, dengan penawaran 8F24 untuk unit ptrol dan 8F35 bagi diesel. Elemen lain yang turut melengkapinya termasuklah Ford Co-Pilot360 dengan kawalan kelajuan adaptif bersama low-speed follow, pengesan isyarat kelajuan dan juga bantuan kekal lorong serta Active Park Assist 2 untuk parkir automatik.

Source: Read Full Article