MyCar mahu jadi platform utama e-hailing di Malaysia – kini miliki 65k pemandu, 1.2j pengguna berdaftar

Menyambut ulangtahun pertama operasi pada 1 Februari lalu, MyCar terus berazam untuk menjadi penyedia utama perkhidmatan e-hailing di Malaysia. Dengan 65,000 pemandu dan lebih 1.2 juta pengguna yang berdaftar di bawah platform MyCar, ia kini merupakan platform e-hailing yang paling pesat berkembang selepas Grab.

Pengarah Platforms Apps Sdn Bhd, Encik Mohd Noah Maideen berkata, “Walaupun MyCar baru sahaja menyambut ulang tahun pertama operasi, MyCar telah menarik perhatian orang ramai serta organisasi kerajaan dan swasta di mana MyCar telah diiktiraf untuk menjadi penyedia perkhidmatan e-hailing­ rasmi di majlis-majlis rasmi seperti Royal Floria Putrajaya 2018, MAHA 2018 dan LIMA 19’ yang akan berlangsung pada bulan Mac ini.”

MyCar juga menawarkan harga tetap ketika tempahan. Oleh itu, MyCar melaksanakan Jaminan Pemulangan Tambang jika terdapat sebarang perubahan harga ketika pembayaran. Semua pembayaran boleh di buat melalui kad kredit atau secara tunai. Malah syarikat ini adalah hak milik 100% anak tempatan dan bakal mengembangkan sayap perniagaan di luar negara tidak lama lagi.

Selain itu, MyCar juga mementingkan keselamatan pengguna, sehubungan dengan itu MyCar mempunyai jabatan pengurusan pemandu yang akan menguruskan sebarang permasalahan dan displin pemandu dan juga penumpang untuk mencegah sebarang urusan jenayah dan salah laku. Pengguna atau pemandu boleh hubungi pusat panggilan 24 jam MyCar di talian 03-7661 6208 untuk membuat sebarang pertanyaan atau aduan.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article