Cadangan kapcai dibenarkan guna lorong kecemasan di lebuhraya demi keselamatan – Pengerusi Bernama

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang, mencadangkan agar motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai “kapcai” di kalangan rakyat Malaysia harus dibenar untuk menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng kategori pengangkutan itu.

Cadangan tersebut dibuat kerana beliau mendapati lorong kecemasan adalah kira-kira 90% kurang digunakan sepanjang masa dan bahawa penunggang motosikal harus dibenar untuk menggunakananya untuk tujuan keselamatan. Dalam masa yang sama, undang-undang perlu digubal untuk menghadkan penunggang motosikal kapcai di lorong kiri lebuh raya dan mengurangkan had kelajuan mereka, katanya seperti yang disiarkan menerusi Bernama.

“(Purata) 4,000 penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Malaysia setiap tahun dan ini harus dianggap sebagai isu nasional yang perlu ditangani secara serius,” kata beliau ketika membentangkan kertas cadangan “Towards Improving Users Satisfaction – Public Acceptance in Tolled Highways in Media Perspective” dalam Persidangan Konsesi Lebuh Raya 2019 semalam.

Beliau berkata penunggang dan pembonceng “kapcai” adalah yang paling terdedah kepada kemalangan maut di lebuhraya. Tambahnya kesesakan yang berlaku terutama semasa musim perayaan di lebuhraya berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) boleh dikurangkan jika pengguna jalan raya merancang perjalanan jauh mereka.

“Salah satu sebab mengapa kesesakan (lalu lintas) menjadi lebih buruk pada waktu puncak adalah kerana ramai orang berhenti di sana sama ada untuk makan atau membuang air kecil. Selain itu, saya cadangkan agar kawasan RnR ditutup semasa waktu puncak pada musim perayaan terutama semasa sambutan Hari Raya.

“(Konsesi Lebuh Raya) PLUS (Expressway Bhd) boleh membuat pengumuman menasihatkan pengguna lebuhraya supaya makan atau membuang air kecil terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article