Syarikat induk Touch ‘n Go, CIMB Group Holdings dilaporkan telah memfailkan notis sekatan untuk menghalang PLUS daripada memperkenalkan sistem kutipan tol radio-frequency identification (RFID) mereka sendiri, seperti yang pertama kali diumumkan bulan lalu.
Menurut laporan The Star, CIMB memaklumkan pihaknya telah memfailkan “notice of arbitration” bertakrikh 17 Disember terhadap PLUS. Pada Mei 1998, CIMB, CIMB SI 1 dan PLUS telah memeterai persetujuan untuk menjalin usaha sama berkaitan Touch ‘n Go – CIMB menyatakan pengenalan sistem RFID sendiri oleh PLUS telah melanggar perjanjian usahasama berkenaan.
“Syarikat kami dan CIMB SI 1 antara lain sedang mendapatkan perintah sekatan (injuction) untuk menghalang PLUS daripada terlibat lebih lanjut bagi melaksanakan sistem RFID mereka sendiri bersekali dengan kerugian, faedah dan kos,” memetik kenyataan yang difailkan di Bursa.
Pada 19 November, PLUS telah mengumumkan projek percubaan RFID mereka akan bermula pada 15 Disember di empat lokasi; plaza tol jambatan P. Pinang, Kubang Semang dan Lunas (di Lebuhraya Butterwoth-Kulim) dan plaza tol Jitra di Kedah.
Perbezaan antara sistem RFID PLUS berbanding sistem Touch ‘n Go – yang telah memulakan tempoh percubaannya pada awal September lalu sebelum pelaksanaan rasminya pada Januari 2019 – adalah dari segi kaedah pembayaran yang terlibat.
Touch ‘n Go menggunakan aplikasi eWallet untuk tujuan itu, yang boleh ditambah nilai jumlahnya, berbanding dengan produk PLUS yang menggunakan sistem pembayaran terbuka, melalui kad debit atau kredit pengguna (termasuk kad caj American Express) yang dikenakan terus kepada akaun pengguna.
Related Cars for Sale on
Source: Read Full Article