Citroën telah mengumumkan akan memperkenalkan konsep “mobiliti urban” di Geneva Motor Show yang bakal berlangsung bulan hadapan. Kereta tersebut disahkan oleh CEO LInda Jackson menerusi tontonan video dalam persidangan VivaTech di Paris pada 16 hingga 18 Mei, di mana syarikat berkenaan juga akan memperkenalkan satu lagi konsep berdasarkan idea bagi “keselesaan ultra”.
Beberapa teaser kereta berkenaan juga ditunjukkan di penghujung video berkenaan, dengan mendedahkan sedikit rekaan yang radikal, seperti lampu utama dan lampu belakang berbentuk-chevron “terapung”, lebih nipis, beberapa bodywork berwarna jingga dan cermin pintu brushed metal yang besar dengan sekeping kaca yang juga besar.
Jackson berkata syarikat ini telah bekerja keras untuk “menunjukkan inovasi terbaik dalam digital atau pengalaman pelangan menerusi ‘on board’”. Kereta ini juga lebih sempit, dipacu elektrik sepenuhnya, lebih kurang sama janaan pada Renault Twizy.
Ketua pemasaran, komunikasi dan sukan Arnaud Benolli sebelum ini memberitahu Autocar bahawa kereta ini akan dipertontonkan sebagai model produksi mampu milik yang akan mempersembahkan semangat ikonik, dengan imej yang urban. Beliau berkata kereta ini akan menjadi “penting seperti 2CV” sempena meraikan ulang tahun ke-100 syarikat tahun ini.
Source: Read Full Article