Grab tak lama lagi akan dikehendaki menggunakan kenderaan yang mendapat kelulusan daripada kerajaan Malaysia untuk menjalankan perkhidmatan berkenaan. Kenderaan itu juga akan tertakluk kepada keperluan insurans dan cukai jalan yang sama seperti teksi.
“Saya telah bangkitkan perkara ini. Saya sudah maklumkan Menteri Pengangkutan untuk memperbaiki situasi ini, tetapi masih belum ada apa-apa perkembangan lagi. Saya akan cuba lagi. Saya sendiri pun rasa ia tidak adil.
“Perkara ini memang mendapat perhatian saya, tetapi saya tak boleh beri kepastian bahawa Grab akan dihapuskan. Kita boleh jadikan ia sama adil dengan teksi,” jelas Perdana Menteri, Tun Mahathir di Langkawi, seperti dilaporkan New Straits Times.
Ini adalah sebagai jawapan kepada pertanyaan sama ada Grab akan dikawal selia seperti teksi untuk menjadikan persaingannya lebih adil, ketika berlangsungnya satu dialog antara Tun M dan kumpulan pemandu teksi Langkawi. Dalam sesi berkenaan, sebahagian daripada pemandu teksi berkenaan bertindak keluar dewan ketika Tun M sedang memberi penerangan terhadap situasi berkenaan.
Julai lalu, dilaporkan bahawa penyedia perkhidmatan e-hailing seperti Grab akan dikehendaki mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dengan kos RM115 setahun. Sementara kenderaan yang digunakan juga perlu melalui pemeriksaan tahunan di Puspakom. Dua bulan sebelum itu, terdapat persatuan pengusaha teksi yang mendesak akar kerajaan memansuhkan perkhidmatan e-hailing sama sekali untuk kemudiannya digunakan oleh mereka.
Related Cars for Sale on
Source: Read Full Article