Minggu ketiga Januari 2019 menyaksikan harga petrol RON97 dan RON95 turun 1 sen seliter, masing-masing menjadi RM2.22 seliter dan RM1.92 seliter bermula 12 tengah malam ini sehingga 18 Januari depan. Bagaimana pun, harga diesel pula naik 1 sen seliter, dengan gred Euro 2M akan menjadi RM2.05 seliter, manakala Euro 5 pula RM2.15 seliter.
Pada 4 Januari lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, “Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat, selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.”
Tambahnya lagi, penetapan harga runcit petroleum tersebut dipertimbang semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Januari 2019.
Related Cars for Sale on
Source: Read Full Article