Harga minyak bagi 18-24 Mei – RON97 turun dua sen

Harga runcit bahan api RON 97 akan berubah lagi bermula tengah malam ini untuk tempoh seminggu kehadapan. Ia akan turun lagi minggu ini, walaupun tak yang disaksikan minggu lalu. Bermula 18 Mei, RON 97 akan dijual pada harga RM2.68 seliter (turun dua sen berbanding RM2.70 minggu lalu).

Seperti biasa, RON 95 bagaimanapun kekal pada harga subsidi yang sama, iaitu RM2.08 seliter. Ini harga paling tinggi yang akan dibayar oleh pengguna tidak kira berapa perubahan yang berlaku dalam pasaran dunia.

Bagi diesel juga sama, harganya kekal seperti sebelum ini, dengan dijual seliter pada harga RM2.18 bagi diesel Euro 2M. Sementara diesel Euro 5 pula mahal 10 sen berbanding harga berkenaan, dijual RM2.28 seliter.

Berdasarkan kiraan apungan Kaedah Harga Automatik (APM), RON 95 sepatutnya dijual pada harga RM2.38 seliter, sementara diesel pula pada harga RM2.45 seliter sekiranya had maksimum tanpa subsidi kerajaan dikenakan. Kerajaan memaklumkan akan menampung kos subsidi bahan api sebanyak RM99.19 juta bagi tempoh seminggu kehadapan ini.

Harga yang diumumkan ini akan kekal bagi tempoh 18-24 Mei 2019, sebelum harga baru mingguan diumumkan seperti biasa.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article