Memasuki tahun 2019, Boon Siew Honda telah memperkenalkan pilihan warna baru untuk dua model motosikalnya iaitu Wave Alpha dan juga skuter Beat. Bagi Wave Alpha, terdapat tiga warna (hitam, biru dan merah) bagi versi rim lidi yang dijual pada harga RM4,275 dan tiga warna (hitam, biru dan kuning) untuk versi rim sport berharga RM4,516, manakala untuk Beat yang dijual pada harga RM5,365, ia sekarang datang dengan pilihan empat warna (merah, magenta, biru dan hitam).
Selain daripada warna baru ini, tiada yang berubah pada spesifikasi dua model ini, di mana Wave Alpha dilengkapi dengan enjin 109.1 cc silinder tunggal dengan sejukan udara dan kuasa disalurkan melalui kotak gear empat-kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 8.3 hp pada 7,500 rpm dengan tork 8.59 Nm pada 5,500 rpm.
Model ini juga dikatakan dapat memberi penggunaan bahan api yang baik, dan tangki yang disediakan berkapasiti 3.7 liter. Di bawah tempat duduknya terdapat ruangan kecil untuk meletakkan sedikit barang, dan ia didatangkan terus dengan pemula enjin jenis tendang dan juga elektrik.
Beat pula mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016, dan ia adalah sebuah skuter yang dikuasakan oleh enjin 108.2 cc dengan teknologi kurang geseran serta lengkap dengan ciri suntikan minyak PGM-FI. Enjin ini mampu menjana kuasa sebanyak 8.77 PS pada 7,500 rpm dan 9.14Nm pada 6,000 rpm tork. Kapasiti tangki petrolnya pula ialah empat liter dan beerat keseluruhan adalah 94 kg.
Antara ciri-ciri lain yang melengkapi model ini ialah Sistem Brek Combi, Smart Lock System yang mengekalkan skuter ini dalam keadaan breknya dikunci ketika enjin dihidupkan, serta ciri umum bagi skuter, iaitu Side Stand Switch, yang akan mematikan enjin sekiranya tongkat diturunkan.
Source: Read Full Article