Diperkenalkan pada Januari lalu, Lamborghini Huracan Evo telah membuat penampilan istimewa di Sepang hujung minggu lalu. Walau bagaimana pun, tempahannya hanya akan bermula sebelum berakhirnya 2019, dengan unit pertama dijangka tiba pada suku ke-empat ini.
Model ini menerima enjin 5.2 liter suntikan-terus, naturally-aspirated V10 seperti yang ada pada Performante. Jumlah kuasa keseluruhannya mencecah 640 hp pada 8,000 rpm dan tork 600 Nm pada 6,500 rpm. Kuasanya disalurkan ke semua empat roda menerusi transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.
Angka prestasinya termasuk pecutan 0-100 km/j dalam 2.9 saat, mirip dengan Performace yang membawa berat tambahan sebanyak 40 kg bagi berat kering, pada 1,422 kg. Selain itu, ia mampu dipecut dari 0-200 km/j dalam 9.0 saat, dan kelajuan tertinggi melebihi 325 km/j.
Perubahan luaran juga nampak lebih segar, termasuk bampar hadapan dan corong udara berbentuk-Y baharu, bersama splitter dan wing. Corong udara sisi baharu juga akan ditampilkan.
Pada bahagian belakangnya, Evo menampilkan sistem ekzos sport baharu, dengan corong berkembar yang diposisikan di atas bampar belakang, Tiada sistem aero aktif Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) ditampilkan, tetapi terdapat spoiler yang membantu mempertingkatkan aliran udara.
Selain itu, bahagian bawah badannya juga telah disemak semula bagi memaksimumkan aerodinamik yang lebih baik, membuatkan jentera baharu ini memiliki daya downforce dan penjimatan aero lima kali ganda yang lebih baik berbanding Huracan asal.
Secara mekanikalnya, ia turut didatangkan dengan roda stereng-belakang baharu, bersama sistem penvektoran tork, tetapi pengeluarnya berkata peningkatan terbesar bagi prestasi yang diberikan ialah menampilkan Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI), unit pemprosesan tengah yang bukan sahaja menyambung dan mengawal semua elemen elektronik di dalam kereta, tetapi meramal tindakan pemandu yang selanjutnya dan yang diperlukan, sekaligus akan melaraskan mengikut keperluan pemanduan.
Selain itu, Lamborghini Piattaforma Inerziale (LPI) seperti di dalam Performance turut dipertingkatkan ke versi 2.0. LPT adalah set bagi accelerometer and gyroscope sensor yang ditempatkan di tengah pusat graviti kereta, dan peningkatan ini untuk mengukur real-time dinamik kereta bagi lateral, longitudinal dan vertical acceleration.
Bukan itu sahaja, magneto rheological damper dalam suspensi aktif juga telah dipertingkatkan dan ia disepadukan dengan LPI, bagi sistem kawalan cengkaman yang lebih maju, bersama dengan sistem pacuan semua-roda dan penvektoran tork, membolehkan cengkaman dibawakan secara terus ke roda tunggal jika diperlukan. Juga ditampilkan ialah Lamborghini Dynamic Steering (LDS), yang membantu ketegaran kelajuan-rendah dan kelajuan-tinggi di selekoh serta kestabilan membrek.
Ia cukup baik untuk membawakan Huracan ini menjadi kenderaan yang lebih tangkas dan responsif dengan tahap kawalan yang tiada tandingannya, dan jentera ini kini boleh mengesan langkah pemandu menerusi input stereng, brek dan pendikitan, bersama pemilihan gear dan mod pemanduan (Strada, Sport atau Corsa) yang dipilih.
Jentera yang dipertontonkan di Sepang ini merupakan unit pemanduan-sebelah kiri dengan empat lapisan warna luaran Arancio Xanto dan roda aloi Aesir 20-inci. Pembeli yang berminat boleh memilih untuk mengkostum jentera ini dengan warna hitam baharu atau pilihan pek Style dengan warna yang sama dengan badan menerusi program Ad Personam.
Di dalamnya, palet warna dan pilihan kemasan telah ditambah termasuk kemasan Evo dalam campuran material kulit dan Alcantara, dengan Arancio Dryope untuk memadannya dengan bebayang luaran baharu.
Elemen dalaman lain yang ditampilkan termasuk skrin sesentuh kapasitif 8.4-inci baharu, tetapi bukan sahaja disambungkan dengan navigasi dan hiburan, malah ketersambungan Apple CarPlay dan arahan suara, serta kawalan pergerakan jari, tempat duduk dan pelarasan kawalan suhu serta status sistem LDVI. Turut ditawarkan sebagai pilihan ialah sistem telemetri dwi-kamera dan cakera keras berkapasiti tinggi.
Harga bagi Lamborghini Huracan Evo ini masih belum dimuktamadkan, tetapi menurut COO Lamborghini Kuala Lumpur Marcus Chye, harga asas tanpa cukai lebih kurang sama dengan model sedia ada, iaitu sekitar RM1.15 juta.
Source: Read Full Article