Akhir tahun lalu, CEO dan Presiden Mazda Akira Marumoto mengesahkan bahawa tiada hot-hatch yang akan dihasilkan oleh syarikatnya berdasarkan model Mazda 3 generasi terkini. Namun pada April tahun ini seolah-olah ada cahaya di hujung terowong setelah pengurus program Mazda 3, Kota Beppu menyatakan bahawa versi berprestasi tinggi berkenaan akan dihasilkan kelak.
Tetapi, cahaya tersebut nampaknya malap kembali apabila ketua perancangan produk Mazda, Hiroyuki Matsumoto menyatakan pihaknya tidak ada perancangan untuk menghasilkan hot-hatch berdasarkan Mazda 3 generasi baharu itu, dalam laporan CarsGuide.
“Kami mampu untuk menghasilkan enjin bagi memenuhi permintaan untuk mendapatkan lebih kuasa, tetapi buat masa sekarang kami tiada perancangan untuk melakukannya,” tegas Matsumoto.
Berlainan dengan nada yang disuarakan oleh Beppu sebelum ini, beliau begitu optimis dengan menyatakan bahawa model untuk menentang Volkswagen Golf GTI berkenaan bakal dijana enjin 2.5 liter turbo dari Mazda 6 yang menghasilkan 250 hp dan tork maksima 420 Nm.
Beppu turut membayangkan hot-hatch tersebut turut akan dibekalkan dengan sistem pacuan semua roda kerana kuasa yang dibekalkan agak besar yang mungkin akan menyebabkan torque steer kerana badan Mazda 3 yang agak ringan, tambahan pula suspensi torsion beam belakang model generasi baharu itu telah bersedia untuk menerimanya.
Jika benar hot-hatch ini dihasilkan kelak, ia bukanlah Mazda 3 berprestasi tinggi pertama dalam pasaran. Sejak dari model generasi pertama pada 2007, jenama dari Hiroshima tersebut telah pun hadir dengan hot-hatch Mazdaspeed 3 atau pada pasaran tertentu digelar sebagai Mazda 3 MPS, dijana enjin 2.3 liter turbo menghasilkan 267 ps/380 Nm. Ia terus dihasilkan pada Mazda 3 generasi kedua dengan enjin yang sama, tetapi tidak untuk generasi ketiga.
Malah pada era 80’an dan 90’an ketika model ini dikenali sebagai Mazda Familia 323, ia turut meriah dengan pelbagai versi berprestasi tinggi seperti B6 Clair dan juga B8 Interplay GT-R.
Source: Read Full Article