Proton telah memaklumkan mengemaskini bagi sistem infotainmen GKUI bagi model SUV X70. Untuk pengalaman penggunaan yang lebih lancar, Proton telah memuatnaik panduan langkah demi langkah menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Apabila kenderaan dihidupkan, secara automatik, sistem akan menyemak pengemaskini, dan akan memaklumkan kepada pemandu sekiranya ada. Apa yang perlu dilakukan seterusnya ialah memuat turun pakej kemas kini, yang tidak menggunakan kuota 1 GB percuma setiap bulan yang didatangkan bersama SUV ini.
Selepas pengemaskini telah dimuat turun, proses mengemaskini akan dimulakan dan selepas selesai, ia akan reset untuk langkah terakhir. Sepanjang proses kemas kini, anda perlu memastikan kenderaan berada dalam posisi ACC atau ON, dan jika ia dimatikan, proses kemas kini akan berhenti sebentar, dan akan disambung apabila anda menghidupkannya semula.
Di samping itu, sistem GKUI akan dilumpuhkan semasa proses kemas kini, yang akan mengambil masa sekitar 40 minit dengan sambungan isyarat yang baik. Kemas kini ini sudah boleh didapati mulai 21 Januari 2019 lalu.
Source: Read Full Article