RFID akan tersedia di semua plaza tol tak lama lagi

Kerajaan memaklumkan bahawa sistem Radio Frequency Identification (RFID) bagi pembayaran tol akan mula dilaksanakan di semua plaza tol seluruh negara tidak lama lagi, lapor The Star. Menurut Menteri Kerja Raya, Baru Bian, sistem berkenaan akan berfungsi sepenuhnya dalam masa beberapa tahun ini, tetapi menekankan ia tidak akan mengambil masa sehingga tiga atau lima tahun untuk dilaksanakan.

“Tiga hingga lima tahun itu terlalu lama. Bagi kami masa untuk memastikan sistem ini dilaksanakan secara teratur untuk manfaat pengguna jalan raya,” jelas beliau. Rancangan asal oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah untuk memulakan operasi RFID pada suku ketiga tahun lalu. Tetapi Baru menjelaskan, plaza tol tanpa booth hanya boleh mengikut jejak itu selepas sistem RFID digunakan dengan meluas di seluruh negara.

Lorong khas untuk SmarTag hanya akan dihapuskan selepas gerbang penghadang dan booth tol diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pelaksanaan multi-lane free flow (MLFF), mungkin dalam tempoh dua tahun lagi. Beliau menambah, kerajaan juga perlu membangunkan garis panduan bagi industri lebuhraya, terutamanya bagi lapangan pemodelan maklumat, protokol komunikasi, analitik data skala besar serta pengurusan aset strategik dan taktikal.

“Protokol komunikasi akan memastikan kesepaduan lancar antara komunikasi mesin ke mesin. Analitik data skala besar pula adalah untuk membantu perancangan masa depan, sementara pengurusan aset pula untuk mengoptimumkan pengurusan dan penyelenggaraan harta. Dengan membuat penetapan bagi semua standard ini, kita memerlukan pendekatan baru. Kita boleh menggunapakai standard sedia ada dan mengubahsuainya untuk memenuhi keperluan semasa,” ujarnya.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article