Perodua Aruz sudah pun dilancarkan semalam. Ada dua varian ditawarkan; Aruz 1.5 X dan Aruz 1.5 AV. Harganya pula bermula dari RM72,900 hingga RM77,900 (atas jalan tidak termasuk insurans). Ia juga datang dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km.
Dari segi keselamatan, Aruz telah menerima penarafan ASEAN ANCAP lima-bintang. Selain itu, sebagai penawaran standard, ia juga datang dengan enam beg udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan (VSC) dan bantuan mula mendaki (HSA).
Bagi varian AV, ia menerima tambahan ciri keselamatan ASA 2.0, yang kini tampil dengan ciri baru iaitu pengesanan pejalan kaki, serta kelajuan efektif yang bertambah untuk pengaktifannya. Sebagai contoh, brek automatik kini berkesan sehingga kelajuan 80 km/j (dulu hanya 30 km/j), pengesanan pejalan kaki sehingga 50 km/j serta amaran pra-perlanggaran sehingga kelajuan 100 km/j.
Aruz menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder yang menjana kuasa sebanyak 104 PS dan 136 Nm tork. Enjin ini jug ada ciri Dual VVT-i dan Eco Idle, dan penggunaan minyaknya mampu memberikan 15.6 km bagi setiap liter petrol.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Perodua Aruz, tonton video yang kami sediakan ini.
Bacaan lanjut berkaitan Perodua Aruz:
- Perodua Aruz 2019 – pelancaran rasmi
- Perodua Aruz 2019 – senarai spesifikasi penuh dan perbezaannya
- Perodua Aruz 2019 – perbandingan dengan pesaing dalam segmen sama di Malaysia
- Perodua Aruz 2019 – 2,200 tempahan sejak 3 Jan
- Perodua Aruz 2019 – perincian aksesori Gear Up
- Perodua Aruz 2019 – perincian ciri ASA 2.0
Source: Read Full Article