Satu lagi teaser Toyota Camry generasi kelapan (XV70) telah pun disiarkan oleh Toyota Thailand, menerusi klip video berdurasi 15 saat. Sedan segmen-D baharu ini dijangka akan dilancarkan di negara berkenaan pada 29 Oktober ini.
Kebanyakan info yang dipaparkan menerusi video berkenaan sudah diketahui, termasuklah penggunaan Toyota New Global Architecture (TNGA) iaitu platform yang sama dengan Prius dan C-HR.
Namun demikian, kelihatan satu lagi info baru yang menarik iaitu Camry bagi spesifikasi Thailand ini menggunakan barisan enjin baharu Toyota, Dynamic Force Engine.
Kemungkinan unit A25A-FKS 2.5 liter (juga ada dalam versi 2.0 liter) berdasarkan rekaan pada penutup enjin dan lokasi pengisi minyak enjin, penjana kuasa naturally-aspirated empat-silinder ini mampu menghasilkan 208 PS dan 252 Nm, dengan padanan transmisi automatik lapan-kelajuan.
Penjana kuasa ini juga didatangkan dengan teknologi seperti BBT-iE pada intake cam untuk respon yang lebih baik, VVT-i untuk ekzos dan D-45 serta sistem suntikan-terus. Toyota mendakwa penjimatan termal maksimum sehingga 40% untuk enjin, dan meningkat sehingga 41% bahi Camry Hybrid.
Perincian lain hanya akan didedah pada pelancarannya minggu hadapan. Lain pilihan enjin yang ditawarkan termasuklah 2.0 liter 6AR-FSE (167 PS/199) dan 2.5 liter 2AR-FXE (160 PS/213 Nm(, yang kedua-dua enjin empat-silinder itu turut ditawarkan pada model Camry yang masih dalam pasaran di Malaysia.
Penjana kuasa hibrid juga mungkin didatangkan untuk Camry, juga dengan Dynamic Force Engine (A25A-FXS) dengan 178 PS dan 221 Nm, bersama motor elektrik 120 PS/202 Nm, sekaligus menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 211 PS. E-motor tersebut dikuasakan oleh bateri lithium-ion/nickel-metal hydride yang ditempatkan di bawah tempat duduk belakang berbanding di but untuk pusat graviti yang lebih rendah.
Source: Read Full Article