Generasi baharu bagi Volkswagen Golf bakal tiba, termasuklah versi GTI. Walau bagaimana pun perincian mengenai model hot hatch ini masih kekal misteri buat masa sekarang, namun pengeluar kereta Jerman tersebut telah pun membuat ujian untuknya.
Namun, Auto Bild telah mendedahkan sedikit perincian mengenai Golf GTI Mk8 ini, menunjukkan ia boleh meledakkan kuasa hingga 300 PS dari enjin pengecas turbo empat-silinder. Sebagai perbandingan, model semasa GTI Performance yang dijual di Jerman menawarkan 245 PS dari enjin 2.0 liter TSI.
Ada desas-desus mengatakan Golf GTI baharu ini akan mengadaptasi teknologi hibrid untuk mendapatkan output yang lebih menguja, walau bagaimana pun tiada pengesahan mengenai perkara tersebut. Sebagai pengetahuan, model semasa menggunakan penjana kuasa sedia ada dengan unit 2.0 liter yang boleh menghasilkan sehingga 290 PS seperti pada model Golf GTI TCR Concept.
Bagi Golf R pula, model tertinggi ini dikatakan boleh menerima sehingga 400 PS bagi generasi Mk8 ini untuk memastikan ia kekal dalam posisi produk. Pacuan semua-roda, seperti sebelum ini, dengan beberapa aspek berbeza untuk versi R berbanding GTI.
Majalah Jerman itu turut menyentuh rekaan Golf GTI baharu, yang dipadankan dengan gril yang sempit bersama corong pengambilan yang lebih rendah dan besar lebih kurang sama seperti model semasa Mk7.5.Bahagian belakang ada sedikit semakan, dan termasuk tip dua ekzos dan spoiler bumbung. Di dalamnya pula, menyaksikan platform infotainmen generasi akan datang Volkswagen dan kokpit digital sepenuhnya.
Source: Read Full Article