Volkswagen Passat B8 facelift akhirnya telah didedahkan untuk pasaran Eropah, dengan membawakan rekaan yang dipertingkatkan serta beberapa teknologi baharu. Model segmen-D yang disemak semula ini bakal dijual di pasaran Eropah terpilih bermula hujung Ogos ini, dengan menawarkan versi sedan, wagon dan Alltrack.
Bagi perubahan visual, Passat menerima bampar hadapan baharu dengan lampu kabus bersudut dengan “wing” pada bahagian apron bawah. Ia juga didatangkan dengan gril baharu bersama dua kepingan berbanding tiga, serta lampu utama yang lebih langsing.
Secara standard, LED digunakan untuk lampu utama, lampu kabus dan lampu nyalaan siang. Volkswagen turut menawarkan IQLight – lampu utama matrix LED, yang juga didapati pada Toureg terkini, sebagai pilihan.
Di belakangnya pula, Passat menerima bampar yang direka semula dengan kemasan ekzos berbentuk-trapezoidal. Malah turut memposisikan semula boot lid seperti model Arteon, dan turut ditampilkan dengan set lampu belakang LED baharu.
Kluster pula mengandungi enam sudut kecil untuk mencipta signitur yang berbeza, dengan tiga daripadanya menghala ke atas disambungkan ke brek, sementara selebihnya berfungsi sebagai lampu belakang. Seperti model Audi, ia juga didatangkan dengan program animasi coming home/leaving home menerusi sistem.
Di dalamnya pula, Passat mengekalkan bentangan papan pemuka yang familiar, walau pun jam analog yang ditempatkan sebaris dengan corong pendingin hawa telah disingkirkan. Ia menempatkan beberapa butang kawalan termasuk lampu kecemasan, semenyata butang untuk parkir ditempatkan di sebelah tuil gear.
Passat facelift merupakan model pertama yang didatangkan dengan Modular Infotainment Matrix (MIB3) generasi ketiga rekaan syarikat tersebut, yang didatangkan dengan sistem “always on” bersama kad SIM sendiri. Ia diperlukan untuk sambungan yang berterusan untuk penggunaan Volkswagen We (Plus), platform digital baharu untuk produk mobiliti.
Ia turut menawarkan tiga sistem infotainmen: Composition Media (6.5-inci, tiada navigasi), Discover Media (8.0-inci, peringkat sistem navigasi pertama) dan Discover Pro (9.2-inci, peringkat sistem navigasi sepenuhnya). Sistem infotainmen baharu ini menyokong kawalan suara natural dan didatangkan dengan menu yang direka semula untuk lebih intuatif berbanding sebelum ini.
Skrin lain di dalam kabin termasuklah Active Info Display 11.7-inci, yang turut disemak semula dengan grafik yang lebih jelas dan fungsi yang diperlukan. Bentangan asas turut ditawarkan, termasuklah fungsi dail, informasi, dan paparan peta.
Bukan sahaja Passat baharu yang pertama menerima sistem MIB3, tetapi buat pertama kalinya Volkswagen turut menawarkan pemanduan automatik pada kelajuan peluncuran. Diletakkan di bawah IQ.Drive, sistem bantuan ini termasuklah Travel Assist, Emergency Steering Assist, ACC dengan predictive cruise control, Side Assist termasuk Rear Traffic Alert, Lane Assist, Front Assist dengan Pedestrian Monitoring, Trailer Assist, dan sistem Park Assist.
Yang pertama di antara ketiga-tiga itu buat pertama kalinya ditampilkan pada Passat, dan ia membolehkan pemanduan automatik (Tahap 2) pada kelajuan sehingga 210 km/j. Pemandu masih perlu meletakkan tangan mereka pada stereng, sebagai keperluan untuk stereng kapasitif jadi “pengesanan tangan” boleh memberi amaran kepada pemandu.
Pada sudut mekanikal, semua model Passat didatangkan dengan electromechanical brake servo yang sama seperti sebelum ini pada varian GTE plug-in hybrid. Ia membolehkan brek Passat bertindak dengan lebih pantas dan lebih baik, serta bekerjasama dengan sistem bantuan yang lain.
Seperti sebelum ini, pilihan penjana kuasa termasuklah campuran TSI petrol dan TDI diesel, dengan solusi plug-in hybrid petrol untuk varian GTE. Memfokuskan PHEV terlebih dahulu, Volkswagen telah menaiktaraf sistem dengan bateri baharu yang mampu memberikan kuasa yang lebih tinggi sehingga 13 kWh berbanding 9.9 kWh.
Bateri ditempatkan di bawah lantai kenderaan di hadapan gandar belakang, menyalurkan kuasa hanya-elektrik WLTP kira-kira 55 km (lebih 20 km berbanding model sebelum ini). Pengecasan bateri boleh dilakukan menerusi pemulihan tenaga, enjin atau menggunakan pengecas bateri 3.6 kW yang disertakan sekali.
Dengan pusat elektrikal 230 V/2.3 kW, ia mengambil masa selama enam jam 15 minit untuk mengecas bateri sepenuhnya, atau empat jam dengan menggunakan stesen pengecas atau wall box dengan 360 V/3.6 kW.
Lain-lain sistem termasuklah enjin 1.4 liter TSI dengan 156 PS, motor elektrik dengan 115 PS, dan kotak gear automatik dwi-klac enam-kelajuan, dengan semua kombinasi mampu menghasilkan kuasa sistem sejumlah 218 PS.
Manakala mod pemanduan yang ditawarkan pula termasuklah E-Mode, di mana kenderaan boleh dipacu dengan kuasa elektrik sahaja. Manakala untuk mod GTE, kuasa sistem sepenuhnya disalurkan untuk pemanduan sporty, sementara Hybrid pula ditukarkan secara automatik antara e-motor dan enjin pembakaran dalaman. Dua mod sebelum ini – Battery Hold dan Battery Charge – telah disambungkan pada mod Hybrid.
Untuk pilihan bukan-hibrid, TSI ditawarkan bersama unit 1.5 liter dengan150 PS dan unit 2.0 liter pula sama ada 190 PS atau 272 PS. Manakala barisan diesel pula bermula dengan 1.6 TDI bersama 120 PS, diikuti 2.0 TDI Evo (150 PS) dan standard 2.0 TDI (190 PS atau 240 PS).
Kesemua ICE dilengkapi dengan penapis zarah dan menepati standard emisi Euro 6d-TEMP. Transmisi manual dan dwi-klac turut ditawarkan bergantung pada pemilihan enjin, termasuk pacuan semua-roda atau roda-hadapan.
Source: Read Full Article