4.03j saman AES yang belum dibayar sejak 2012 hingga 31 Ogos 2018 bernilai RM605j dibatalkan

Mungkin ini boleh dianggap berita gembira bagi anda yang memiliki saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih belum menjelaskannya, dan berita duka untuk anda yang telah membayarnya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan semua 4.03 juta saman AES yang belum dibayar sejak 2013 hingga 31 Ogos 2018 telah dibatalkan, laporan Bernama.

Beliau berkata berdasarkan Pusat Data Bahagian Teknologi Digital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bayaran saman AES bagi kesalahan had laju dan langgar lampu isyarat yang dikeluarkan sebelum 1 September lalu adalah berjumlah RM605 juta.

“Saya telah mendapat kepastian daripada pihak pengurusan pusat data ini bahawa semua saman telah diputihkan daripada sistem. Ini bermaksud apa-apa saman AES sebelum 1 September lalu sudah tiada lagi dalam data,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, sebanyak 60,444 saman AES atas kesalahan melanggar had laju telah dikeluarkan sejak 1 Sept lepas sehingga 8 November lalu namun hanya 1,711 saman yang dijelaskan. Bagi tempoh yang sama untuk kesalahan melanggar lampu isyarat pula, beliau berkata sebanyak 4,575 saman AES telah dikeluarkan namun hanya 167 saman telah dibayar.

Menurutnya, sebanyak 1,190 kes saman AES telah dibawa ke mahkamah di Kedah, Perak dan Pulau Pinangsejak 1 September lalu namun tiga individu sahaja hadir ke mahkamah. Di mana waran tangkap akan dikeluarkan terhadap individu yang gagal hadir di mahkamah dan akan disenarai hitam daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga saman AES dijelaskan.

Loke berkata JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar untuk membayar saman AES dalam tempoh 60 hari termasuk dihadapkan ke mahkamah.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article