Ford Ranger 2019 di Malaysia – pecahan penawaran spesifikasi mengikut model XL, XLT dan Wildtrak



Sime Darby Auto ConneXion telah melancarkan lapan model Ford Ranger facelift 2019 terbaru untuk pasaran Malaysia semalam. Ini belum lagi termasuk penawaran model paling tinggi, Ford Ranger Raptor, yang akan dilancarkan secara rasmi di KLIMS 2018 November nanti.

Kenapa banyak banyak sangat model/varian untuk Ranger ini? Dan, apa perbezaan antara kesemuanya, adakah ia betul-betul penting atau sekadar libatkan perbezaan kecil dan aksesori sahaja? Secara ringkas, jawapannya ialah kerana memang banyak pertambahan penawaran yang dilakukan pada model ini dan bukannya sekadar perubahan kosmetik semata-mata.

Paling utama, kini Ranger terbahagi kepada dua, di antara model-model yang menggunakan enjin 2.2L dengan transmisi enam-kelajuan sebelum ini dan di kelompok satu lagi, Ranger turut hadir dengan penawaran enjin 2.0L EcoBlue dengan transmisi 10-kelajuan terbaru. Bagi kelompok paling baru ini pula, ia terbahagi lagi kepada dua – yang hadir dengan enjin turbo tunggal dan juga versi bi-turbo.

Pecahan spesifikasi dan harganya adalah seperti berikut:

2.2L XL Single Cab Manual – RM90,888
2.2L XL Double Cab Manual – RM95,888
2.2L XL Double Cab Automatik – RM103,888
2.2L XLT Manual – RM109,888
2.2L XLT Automatik – RM116,888
2.0L XLT+ Automatik – RM124,888
2.0L Wildtrak 4×2 Automatik – RM134,888
2.0L Wildtrak 4×4 Automatik – RM144,888

Berikut pula ada ringkasan perbezaan spesifikasi dan penawaran di antara setiap satu model/varian yang dinyatakan ini:

Ford Ranger 2.2L XL Single Cab Manual/Double Cab Manual/Double Cab Automatik

Ciri standard:
Enjin 2.2L TDCi yang menjana 160 PS/385 Nm
Transmisi manual atau automatik enam-kelajuan
Casis 4×4 High Rider
Shift on-the-fly elektronik
Limited slip differential (LSD)
Rim aloi dan saiz tayar 255/70 R16

Luaran
Gril depan hitam
Bampar ikut warna badan
Lampu utama reflektor halogen, larasan manual
Lampu kabus depan dan belakang
Cermin sisi berkuasa (lipatan manual)
Pemijak sisi dan bedliner
Sensor parkir belakang
Lampu ruang kargo LED

Dalaman
Butang pada stereng
Unit audio dengan USB, empat pembesar suara
Pendingin hawa manual
Soket 12V depan
Tingkap pemandu diturunkan dengan suis sekali sentuh
Fabrik, larasan manual dua cara

Keselamatan
Dua beg udara
Immobiliser
Cangkuk ISOFIX
ABS, EBD, EBA, ESC
Kawalan menuruni bukit, Bantuan mula mendaki

Warna: Cool White, Meteor Grey, Aluminium Metallic

Ford Ranger 2.2L XLT Manual/Automatik

Tambahan:
Rim aloi dengan saiz tayar 265/65 R17
Gril depan krom
Lampu utama projektor halogen automatik
Pengilap cermin automatik ketika hujan
Cermin sisi larasan dan lipatan berkuasa elektrik, dengan lampu isyarat
Palang Sport di belakang

Dalaman
Kawalan Cruise
Stereng balutan kulit
SYNC 1, unit audio 4.2-inci dengan Bluetooth, kawalan suara, USB, enam pembesar suara
Cermin pandang belakang elak silau automatik
Tempat duduk pemandu larasan empat cara
Fabrik Premium

Keselamatan
Kamera Undur
Sistem penggera kecurian Volumetric

Warna: Aluminium Metallic, Lightning Blue, Frozen White, Magnetic, Absolute Black

Ford Ranger 2.0L XLT+ Automatik

Tambahan/Perbezaan:
Enjin 2.0L Si-Turbo yang menjana 180 PS/420 Nm
Transmisi 10-kelajuan automatik dengan SelectShift
Rim aloi dengan saiz tayar 265/60 R18

Luaran
Lampu utama projektor HID automatik
Lampu nyalaan siang LED
Easy Lift Tailgate

Dalaman
SYNC 3, skrin sentuh lapan-inci dengan Bluetooth, kawalan suara, dua USB, enam pembesar suara
Apple CarPlay, Android Auto
Dua skrin panel instrumen empat-inci
Pendingin hawa dua zon automatik
Tempat duduk kulit
Sistem masukan tanpa kunci dan butang Push Start
Ford MyKey

Warna: Aluminium Metallic, Lightning Blue, Frozen White, Magnetic, Absolute Black

Ford Ranger 2.0L Wildtrak 4×2 Automatik

Tambahan:
Gril dan penggayaan Wildtrak
Lampu kabus depan LED
“Puddle lamp” pada cermin sisi
Sensor parkir depan
e-locking rear differential

Dalaman
Sistem tunjuk arah
Tempat duduk pemandu larasan lapan cara
Tempat duduk kulit Wildtrak premium
Konsol dengan pendingin
Outlet kuasa 230 volt AC

Keselamatan
Beg udara tirai dan sisi (enam semuanya)
Kunci bahagian tailgate

Warna: Frozen White, Magnetic, Absolute Black, Saber

Ford Ranger 2.0L Wildtrak 4×4 Automatik

Tambahan/Perbezaan:
Enjin 2.0L Bi-Turbo dengan 213 PS/500 Nm

Active Noise Cancellation
Adaptive Cruise Control
Forward Collision Warning
Lane Departure Warning and Assist
Semi Automatic Parallel Parking
Autonomous Emergency Braking (AEB), pengesanan kenderaan dan pejalan kaki

Warna: Frozen White, Magnetic, Absolute Black, Saber

Source: Read Full Article