Kereta terbang pertama M'sia akan dipacu teknologi tempatan, prototaip muncul tahun ini – Menteri

Adakah salah satu misi Wawasan 2020 yang diutarakan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, iaitu Malaysia bakal memiliki kereta terbang akan direalisasikan? Adakah ia bukan omong kosong atau pun ‘coooobaaan’, sebaliknya akan diperkenalkan tidak lama lagi? Cubit pipi anda kiri dan kanan (nak cubit pipi orang rumah pun boleh juga)…ini bukan main-main, tapi inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof, yang mengesahkan kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

Seperti yang dilaporkan Bernama, Redzuan berkata, prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini. Malah menambah, kereta itu adalah selamat dan berupaya terbang pada altitud rendah dan pada kelajuan munasabah.

“Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan. Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terrafugia Transition yang diperkenalkan oleh Geely

Menurutnya, projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.

Sambungnya lagi, “Kami menyediakan pemangkin dan ekoistem bagi merangsang rakyat untuk berfikir melangkaui apa yang kami lakukan hari ini. Malah projek itu juga bagi memanfaatkan keupayaan negara dalam sektor aeroangkasa, dron, kenderaan tanpa pemandu (UAV) dan automotif.

“Malaysia mempunyai kepakaran untuk cemerlang dalam bidang aeroangkasa, dron, UAV dan kereta nasional, dan kita perlu menggunakan kemahiran kita kerana apa yang penting adalah kita mahu menjadi negara pengeluar,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata projek itu berasingan daripada projek kereta nasional ketiga yang diilhamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article