McLaren 600LT Spider ditunjuk dalam teaser awal

McLaren telah mengeluarkan satu teaser bagi model terbarunya – kemungkinan besar model 600LT Spider – lebih awal sebelum pelancaran rasmi pada 16 Januari nanti. Satu-satunya gambar yang ditunjukkan adalah bahagian belakang kenderaan, bersekali dengan ruang ekzos di atasnya serta spoiler belakang.

Bahagian penutup enjin yang direka semula pula kini lebih pendek, bagi membolehkan bumbung dilipat dan disimpan kemas. Reka letak bahagian belakang kereta ini mirip rekaan yang pernah dilihat pada 570S Spider.

Mengesahkan lagi kehadiran model Spider ini ialah sebuah video pendek yang turut didedahkan. Ia menunjukkan sebuah bayangan kereta tanpa bumbung. Ini akan menjadi lebih menarik tentunya, mengambil kira versi coupe sebelum ini pernah memberikan prestasi yang tinggi – 600 PS/620 Nm melalui enjin V8 3.0 liter turbo berkembar, dengan hampir 100 kg lebih ringan.

Menjadi model ketiga daripada rancangan perniagaan yang ditetapkan syarikat sebelum ini selepas versi coupe dan Speedtail, 600LT ini akan dikeluarkan secara terhad bagi tempoh 12 bulan sahaja.

Source: Read Full Article