Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

Dengan barisan Mercedes-Benz A-Class – sedan dan hatchback – kini tibalah masanya untuk CLA C188 generasi kedua muncul dengan model prestasi AMG “35”. Mercedes-AMG CLA 35 4Matic baharu ini yang telah didedahkan secara dalam talian sempena dengan New York International Auto Show (NYIAS) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dengan kereta asas, CLA 35 digayakan dengan garisan bumbung yang menjadikannya sebagai CLS paling bongsu berbanding bentuk lebih tradisional pada A-Class Sedan. Seperti keluarga A 35 yang lain, CLA 35 dipadankan dengan enjin M260 2.0 liter pengecas turbo petrol dengan hamburan kuasa 302 hp (306 PS) pada 5,800 rpm dan tork 400 Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm.

Pacuan bagi CLA 35 disalurkan ke semua empat rodanya menerusi sistem pacuan semua-roda pembolehubah-sepenuhnya 4Matic (dengan FWD asli dan pecahan hadapan-ke-belakang 50:50) dengan pengurusan pengedaran tork oleh klac pelbagai-cakera dan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan. Penjana kuasa ini membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.9 saat dan kelajuan maksimum mampu mencecah 250 km/j.

Penentu ukuran AWD disambungkan dengan program kestabilan kereta, di mana 4Matic kekal pada mod Comfort selagi suis ESP dihidupkan. Bila bertukar ke mod Sport apabila ESP Sport Handling atau ESP Off dengan sistem 4Matic bertukar ke mod Sport adalah untuk “pengendalian yang lebih mantap dan had kestabilan yang lebih tinggi.” Mod pemanduan yang biasa, dengan lima pilihan termasuk Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual.

Suspensi bagi CLA 35 menggunakan bentangan topang MacPherson untuk gandar hadapan dengan larasan empat-sambungan untuk belakang. Ia juga menggunakan geometri gandar spesifik di hadapan untuk mengurangkan pengaruh pada output pemanduan, dengan aluminium wishbone mampu mengurangkan berat badan yang tidak sepatutnya. Pelarasan didatangkan oleh sistem peredam adaptif pilihan yang menawarkan tiga larasan dari Comfort ke Sporty.

Gandar belakang empat-sambungan menawarkan transverse arm dan trailing arm, wheel carrier dan bearing yang sama seperti A 45. Sistem brek pula dijalankan oleh sepasang kaliper monoblock empat-omboh di hadapan dengan cakera 350 mm, sementara kaliper satu-omboh dengan cakera brek 330 mm untuk belakang. Stereng dengan elektromekanikal bersama nisbah pemboleh ubah dan menawarkan dua bantuan larasan bergantung pada pemilihan mod pemanduan.

Bagi dalaman untuk CLA 35, Mercedes-Benz User Experience (MBUX) menampilkan larasan COMAND dan menawarkan arahan menerusi kawalan suara dengan fasa pengaktifan ‘Hey Mercedes’. Sistem infotainmen MBUX dilihat berpadanan dengan kokpit skrin hadapan termasuk berkongsi dua paparan dengan perumah standard.

Sama seperti sedan dan hatch A 35, CLA 35 menawarkan roda stereng generasi baharu dengan seksyen bawah yang lebih leper, kulit berlubang dan jahitan kontras merah dengan pedal penukar gear metal. Ia turut dilengkapi kawalan sentuhan binaan dalam pada jejerai roda kanan yang membolehkan mengawal sistem kawalan kelajuan adaptif dan Distronic, sementara jejari kanan pula untuk menghantar arahan pada kawalan suara, telefon dan infotainmen.

Source: Read Full Article