Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, telah memaklumkan semua kenderaan yang memasuki negeri berkenaan melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) diwajibkan berhenti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing, Kemaman iaitu di sempadan Terengganu-Pahang untuk pemeriksaan. Di mana langkah itu diambil bagi memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan.
“Laluan dari Kuantan untuk ke Terengganu melalui jalan pantai akan ditutup. .Hanya satu laluan dibuka untuk semua kenderaan dari arah barat memasuki negeri ini. Di mana lencongan masuk di Kilometer 261 ke kawasan R&R berkenaan akan disediakan.
“Bagi kenderaan yang mempunyai surat kebenaran merentas negeri sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Mana-mana pemandu yang gagal menunjukkan surat kebenaran perjalanan, kita akan mengarahkan pulang semula ke destinasi asal mereka,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, katanya, sekatan jalan raya 24 jam di lokasi berkenaan berkuatkuasa jam 4 petang hari ini dan akan berakhir pada 9 Jun depan.
Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Beliau turut menegaskan, larangan pergerakan antara negeri masih berkuatkuasa dalam tempoh tersebut, walau pun terdapat beberapa perayaan besar bakal disambut termasuklah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Hari Keamatan.
Walau bagaimana pun, orang ramai masih boleh menyambut perayaan berkenaan termasuk aktiviti ziarah-menziarahi yang dibenarkan untuk jiran terdekat, dan keluarga yg tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang. Namun harus mengikut SOP yang ditetapkan seperti sebelum ini termasuk penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta mementingkan kebersihan.
Related Cars for Sale on
Source: Read Full Article