Tiga stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang bakal ditutup sepenuhnya hujung minggu ini – Prasarana

Prasarana telah mengumumkan penutupan sepenuhnya tiga stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) pada 17 dan 18 November ini. Ia melibatkan stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara.

Penutupan ini bertujuan bagi bagi memberi laluan kerja penyambungan rel bagi projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Menurut Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd. Zain, sepanjang penutupan tersebut, perkhidmatan bas perantara akan disediakan antara Stesen Kwasa Sentral dan Stesen Sungai Buloh dengan kekerapan waktu operasinya antara tujuh hingga 15 minit.

“Perkhidmatan tren MRT SBK dari Kajang akan tamat di Kwasa Sentral dan seterusnya kembali semula ke Kajang sepanjang tempoh penutupan stesen-stesen yang terjejas,” katanya.

Related Cars for Sale on









Source: Read Full Article