Yamaha NVX dan Y15ZR edisi Doxou tiba di Vietnam

Dalam pasaran Asia Tenggara, kita mungkin ada berkongsi beberapa model yang turut dijual di negara lain. Oleh itu, trend untuk mendapatkan gaya sama seperti model yang dipasarkan di negara lain itu mula muncul dan antara pasaran yang dilihat adalah seperti Thailand, Indonesia dan Yamaha.

Bagi penggemar motosikal Yamaha, gaya paling panas sekarang adalah daripada Vietnam dengan corak edisi ulang tahun ke-20 tapi ada satu lagi yang baru muncul untuk Y15ZR V2 dan NVX 155 iaitu versi Doxou yang dikata dikeluarkan dalam jumlah yang terhad.

Skema warna yang digunakan pada versi Doxou ini adalah lebih pelik dengan warna utamanya adalah biru matte dan juga warna seperti tembaga kemerahan, tetapi yang lebih unik, rimnya juga berlainan warna iaitu biru muda di belakang dan hitam dengan jalur biru di hadapan. Kemudiannya terdapat beberapa jalur dan tulisan Doxou itu sendiri.



Selain daripada grafik istimewa, tiada yang berubah pada motosikal ini di mana Y15ZR yang digunakan adalah daripada versi facelift dengan meter LCD penuh manakala enjin pula adalah unit satu silinder SOHC penyejukan cecair 150 cc, bersama padanan kotak gear lima kelajuan, mampu menghasilkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm.

NVX 155 pula adalah sebuah skuter menggunakan enjin 155 cc, silinder tunggal dengan janaan kuasa sebanyak 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm tork pada 6,000rpm. Enjin sejukan cecair dengan variable valve actuation (VVA) ini menggunakan sistem EFI, dengan kotak gear CVT untuk menyalurkan kuasa.

Source: Read Full Article